THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, April 24, 2009

PANDUAN MELAKSANAKAN KAJIAN TINDAKAN

 LANGKAH I : MENGENALPASTI ISU /MASALAH/ SITUASI
1.1
Pusatkan perhatian terhadap isu utama yang berlaku
1.2
Mempercayai bahawa ia boleh diperbaiki
1.3
Libatkan persoalan yang boleh diperbaiki dan hadkan kepada persoalan yang kecil
1.4
Persoalan penting kepada anda (guru) dan pelajar
1.5
Sebaik-baiknya dilakukan secara kolaboraif
2
LANGKAH II : TINJAUAN ATAU MENGUTIP DATA
2.1
Data boleh dari dokumen seperti – hasil kerja murid, analisis peperiksaan, dokumen penyeliaan P&P, jadual kedatangan, kerja amali video , gambar, transkrip temubual, diari, kerja lapangan dan sebagainya
2.2
Kaedah mengutip data boleh dengan cara pemerhatian tingkahlaku, pemerhatian P&P, temubual, analisis dokumen (sukatan pelajaran, rancangan pelajaran, kertas peperiksaan, laporan kurikulum, minit mesyuarat, contoh kerja murid, bab dalam buku teks), bukti bergambar, rakaman pita video, catatan diari, soalselidik, ujian, penilaian kendiri (refleksi guru dll)
3
LANGKAH III: ANALISIS DATA
3.1
Analisis kandungan yang berkaitan isu
3.2
Mencari perkara yang tak diduga berkaitan isu
3.3
Melihat pola atau corak masalah tertentu
3.4
Boleh juga analisis dilema/isu
3.5
Analisis secara perbincangan
4
LANGKAH IV : MENENTUKAN FOKUS KAJIAN
4.1
Analisis data adalah untuk memberi gambaran situasi dan PERNYATAAN MASALAH sebenar
4.2
Fokus kajian - hanya kepada isu, mustahak kepada murid dan pengkaji/sekolah, tumpu kepada persoalan P&P, keberkesanan guru atau pembolehubah boleh kawal yang lain seperti kurang latihan, dan kurang kemahiran belajar
5
LANGKAH V: MERANCANG LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN
(PROJEK P&P TERANCANG)
5.1
Dua jenis perancangan iaitu (a) mengubahsuai cara yang sedia ada. (b) menggantikan cara yang asal dengan cara yang baru
5.2
Perancangan elibatkan:
5.2.1
Objektif /matlamat cadangan tindakan
5.2.2
Sebab sebab atau justifikasi tindakan itu perlu dibuat
5.2.3
Senarai cara baru, aktiviti baru yang dijalankan , bahan kurikulum yang digunakan, struktur organisasi, konsep atau falsafah jika ada
5.2.4
Cara-cara pengesanan/pemantauan dibuat terhadap perubahan
5.2.5
Menyatakan penilaian formatif atau sumatif
5.2.6
Pernyataan yang lain – sumber rujukan, kewangan, tenaga, kelengkapan, modul, bahan dan masa
5.2.7
Bersesuaian dengan teori praktik yang dibina dari amalan sebenar
6
LANGKAH VI : PELAKSANAAN LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN
6.1
Melaksanakan perubahan atau tindakan bererti ada risiko dan kita tidak boleh tunggu sehingga tiada risiko
6.2
Komitmen besar diperlukan dalam melaksanakan tindakan yang dirancangkan. Rekodkan semua aktiviti tindakan
6.3
Tindakan sepatutnya dilaksanakan secara individu dan secara kolaboratif
6.4
Fokus tindakan untuk mengatasi masalah sebenar
7
LANGKAH VII : PEMANTAUAN DAN PENGESANAN
7.1
Pemantauan boleh dijalankan oleh:
7.1.1
Pengkaji (pemantauan kendiri) – gunakan borang atau innstrumen tertentu
7.1.2
Rakan / Kumpulan sejawat – dalam hal ini panitia dan pentadbir boleh membantu
7.1.3
Murid – iaitu dengan mendapatkan maklumbalas murid dari segi perasaan dan pandangannya
7.1.4
Pemantauan bersama – melibatkan pentadbir/rakan sejawat/ murid dan diri pengkaji
7.2
Rekod pemantauan patut dikemukakan oleh pengkaji
8
LANGKAH VIII : PENILAIAN
8.1
Jenis penilaian (a) Fomatif – sepanjang proses kajian serta tindakan dijalankan (b) Sumatif – penilaian dijalankan pada setiap tahap tertentu kajian tindakan dijalankan
8.2
Yang melaksanakan penilaian ialah pengkaji/ rakan sejawat/ pentadbir/ murid / bersama
8.3
Insrumen penilaian:
8.3.1
Borang penilaian (yang disediakan lebih awal)
8.3.2
Ujian pengesanan / keputusan peperiksaan
8.3.3
Pemerhatian terhadap pencapaian perubahan
8.3.4
Temubual (Gunakan instrumen soalan dan jawapan temubual)
8.4
Tujuan penilaian:
8.4.1
Mengukur keberkesanan proses tindakan
8.4.2
Menunjukkan bahagian yg boleh diperbaiki
8.4.3
Menunjukkan kelemahan dalam arahan atau prosedur dan amalan
8.4.4
Mengukur pencapaian objektif kajian
8.4.5
Sebagai panduan pusingan kajian seterusnya
9
LANGKAH IX : TINDAKAN UNTUK GELUNGAN KEDUA/ SETERUSNYA
9.1
Hasil penilaian langkah tindakan gelungan pertama memberi jawapan kepada pengkaji sama ada tindakan berkesan atau tidak
9.2
Tindakan seterusnya dijalankan bagi mengatasi isu yang sama atau isu yang baru
10
LANGKAH X : PELAPORAN
10.1
Format pelaporan yang biasa digunakan seperti dalam lampiran 1
10.2
Walaubagaimanapun pengaji biasanya mempunyai cara tersendiri untuk mempersembahkan pelaporannya. Yang penting pelaporan itu difahami oleh orang yang menerima laporan


LAMPIRAN 1
FORMAT LAPORAN KAJIAN TINDAKAN 
1
Tajuk Kajian
2
Dikemukakan Oleh
3
Tujuan kajian
4
Objektif
5
Pernyataan Masalah
6
Soalan-soalan Kajian
7
Kesignifikan Kajian
8
Metodologi Kajian
8.1.
Sampel/Populasi
8.2.
Instrumen
8.3.
Prosedur
8.3.1.
Langkah I – Mengenalpasti Masalah
8.3.2
Langkah II – Membuat Tinjauan/ Mengutip Data

8.3.3
Langkah III – Analisi Data
8.3.4
Langkah IV – Fokus Kajian
8.3.5
Langkah V – Perangcangan Tindakan
8.3.6
Langkah VI - Pelaksanaan Tindakan
8.3.7
Langkah VII – Pengesanan Tindakan
8.3.8
Langkah VIII – Penilaian Keberkesanan Tindakan
8.3.9
Langkah IX - Tindakan Susulan
9
Keputusan / Dapatan Kajian
10
Perbincangan
10.1.
Perancangan Tindakan
10.2.
Pelaksanaan Perancangan Tindakan
10.3.
Penilaian/ Refleksi
10.4.
Cadangan-cadangan
11
Kesimpulan/Penutup
 
Unit Pengurusan Akademik
PPD Hilir Perak

Wednesday, April 22, 2009

KAJIAN TINDAKAN

DEFINISI


Kajian Tindakan adalah kajian berbentuk kualitatif. K-ajian kualitatif menggunakan data dalam bentuk fakta asal seperti dilihat, didengar atau dibaca. Data berbentuk statistik (nombor) juga digunakan tetapi tidak menjadi cacat sesuatu Kajian Tindakan yang tidak menggunakan data berbentuk itu.


Peraturan yang perlu dipatuhi apabila menjalankan Kajian Tindakan ialah keempat-empat langkah asas iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek yang dilakukan secara berurutan dalam bentuk gelungan. Berikut dihuraikan dengan lebih terperinci beberapa perkara asas tentang Kajian Tindakan. Masalah yang dialami oleh guru-guru yang menjalankan Kajian Tindakan di sekolah dijadikan asas dalam membuat huraian dan cadangan.



TUJUAN KAJIAN


Pelaksanaan Kajian Tindakan di bilik darjah bertujuan khusus untuk meningkatkan keberkesanan amalan mengajar guru dan meningkatkan pencapaian murid. Secara logik, seorang murid dianggap berjaya menguasai kemahiran-kemahiran pembelajaran yang terdapat dalam sukatan pelajaran apabila berjaya mendapat markah tinggi dalam sebarang penilaian bagi mata pelajaran tersebut. Dalam konteks pencapaian akademik, murid tersebut juga dianggap cemerlang dalam mata pelajaran itu.


Sesuatu Kajian Tindakan yang bertujuan untuk mengatasi pelbagai masalah pembelajaran atau membantu murid menguasai pelbagai kemahiran pembelajaran yang ditetapkan untuk satu-satu mata pelajaran adalah lebih menepati matlamat untuk membantu murid mencapai tahap cemerlang dalam satu-satu mata pelajaran. Perhatikan contoh berikut:


• Membantu murid belajar dengan berkesan melalui pengajaran yang berkesan.


• Membantu murid merancang cara belajar di bilik darjah dengan berkesan melalui bimbingan guru yang berkesan.


Contoh di atas boleh dijadikan tujuan kajian tindakan untuk dilaksanakan oleh seorang guru dalam satu kelas, atau untuk semua guru dalam satu sekolah bagi satu atau semua mata pelajaran atau pelbagai mata pelajaran. Kajian itu boleh dilaksanakan dalam tempoh setahun atau untuk beberapa tahun.


Pelaksanaan Kajian Tindakan untuk satu atau beberapa tahun sesi persekolahan pastilah mengandungi beberapa pusingan atau kitaran mengikut masalah-masalah yang hendak ditangani. Tiap-tiap kitaran kajian mengandungi tujuan khusus berkaitan dengan satu-satu masalah atau kemahiran yang cuba ditangani. Perhatikan contoh-contoh berikut:


• Meningkatkan penguasaan kemahiran mendarab sifir 2 hingga 4.


• Meningkatkan kefahaman murid tentang rumah sa, puluh dan ratus dalam kemahiran asas menambah.


Selain daripada bertujuan untuk menangani masalah pembelajaran khususnya yang berkaitan dengan pencapaian rendah di kalangan murid, Kajian Tindakan juga boleh dijadikan strategi untuk memperbaiki lagi pencapaian murid yang berada pada tahap baik ke tahap cemerlang.



LANGKAH-LANGKAH MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN


Dalam proses pembelajaran di bilik darjah, tiap-tiap kemahiran lazimnya dipelajari satu per satu. Proses yang sama berlaku dalam Kajian Tindakan. Tiap-tiap masalah pembelajaran di tangani satu per satu. Proses pelaksanaan Kajian Tindakan merangkumi empat langkah iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Langkah-langkah ini dilaksanakan secara berurutan dalam bentuk gelungan. Gelungan seperti ditunjukkan dalam rajah di bawah menggambarkan proses pelaksanaan tanpa penghujung.


Dalam satu gelungan atau kitaran kajian, pengkaji cuba menangani satu masalah tertentu seperti meningkatkan penguasaan sesuatu kemahiranan dalam sesuatu mata pelajaran. Pelbagai aktiviti P&P dicuba untuk menangani masalah itu. Setelah masalah dapat ditangani kitaran kajian seterusnya dimulakan dengan memberi tumpuan kepada masalah lain pula.


Setelah dibuat perancangan rapi untuk mengatasi sesuatu masalah, adalah dijangkakan bahawa sesuatu masalah itu seharusnya dapat diatasi. Mungkin berlaku keadaan di mana penyelidik mendapati tiada perubahan berlaku atau sedikit sahaja kejayaan dicapai setelah kajian dilaksanakan. Sekiranya pengkaji tidak melakukan pemerhatian yang teliti dan tidak membuat catatan semasa kajian berlangsung, sukar baginya untuk mengesan dengan tepat kelemahan aktiviti yang dilaksanakan. Oleh itu amalan mencatat atau merekod segala perkembangan yang berlaku semasa aktiviti dilaksanakan adalah satu peraturan yang perlu dipatuhi dalam Kajian Tindakan.


Seseorang guru yang mengamalkan kajian tindakan sentiasa mencari masalah pembelajaran yang dihadapi oleh muridnya. Setelah masalah dikenalpasti usaha dilakukan untuk menangani masalah itu melalui langkah-langkah merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Proses kajian untuk menangani masalah-masalah pembelajaran yang telah dikenalpasti berlaku berterusan sehingga semua masalah diatasi.



Kesimpulan


Kajian Tindakan adalah satu langkah berterusan oleh guru untuk menilai dan mengesan keberkesanan amalan sendiri. Melalui langkah-langkah mengesan dan menilai itu data dikumpul untuk dijadikan panduan mengubahsuai amalan lalu supaya keberkesanan amalan mengajar seterusnya dapat dipertingkatkan.


Kajian Tindakan menyarankan supaya guru mengubah amalan mengajar. Perubahan amalan yang disarankan bukanlah perubahan secara mendadak, serta drastik atau mengubah amalan kepada sesuatu keadaan yang asing. Perubahan yang disarankan ialah dari segi mengubahsuai amalan secara berperingkat berasaskan data yang telah dikutip.


Guru bukan sahaja memainkan peranan sebagai penyelidik tetapi beliau juga adalah pihak yang dikaji. Sebagai penyelidik guru mengumpul dan menganalisis data, mencadangkan aktiviti P&P serta melaksanakan sendiri aktiviti tersebut.


Di sekolah murid menghadapi pelbagi masalah pembelajaran. Berasaskan pertimbangan itu, Kajian Tindakan yang bertujuan untuk menangani pelbagi masalah P&P lebih menepati matlamat untuk membimbing murid mencapai tahap cemerlang dalam pendidikan. Berasaskan pertimbangan itu juga amalan menyelidik menggunakan pendekatan Kajian Tindakan wajar dilakukan berterusan supaya sebarang masalah pembelajaran yang timbul dapat ditangani serta dikesan seawal mungkin iaitu sebelum ia menjadi terlalu rumit untuk ditangani.


Dalam usaha untuk memahami proses P&P pula, langkah-langkah kajian ditumpukan untuk meningkatkan keberkesanan aktiviti P&P bukan untuk menentukan atau mengenalpasti sama ada sesuatu langkah lebih baik atau berkesan daripada yang lain. Pendekatan atau bahan P&P yang dianggap baik boleh digunakan untuk menangani sebarang masalah pembelajaran yang dikaji.