THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, July 2, 2009

KULIAH 6 (Hajah Halimah)

Pada kuliah minggu ini, terdapat 2 aktiviti yang telah dilakukan. Antaranya ialah:

Aktiviti 1:

Pembentangan proposal. Beberapa kumpulan telah dipilih secara rawak untuk membentangkan hasil proposal yang telah mereka lakukan.

Aktiviti 2
Kami dikehendaki menulis pandangan kami/luahan hati mengenai Kajian Tindakan secara keseluruhannya di atas sekeping kertas dan menghantarnya sebelum tamat kelas. 

KULIAH 5 (Hajah Halimah)


  • AKTIVITI

    Aktiviti pertama, kami diminta mengeluarkan kertas bersaiz A4 dan menulis perkara-perkara yang diminta oleh pensyarah. Antara perkara tersebut ialah:
    Nama penuh:
    Program DPLI:
    Status:
    Alamat lengkap:
    Program semasa Ijazah Sarjana Muda:
    Universiti semasa Ijazah Sarjana Muda:
    Nama guru idola:
    Kenapa guru tersebut menjadi idola:
    Guru yang tidak disukai:
    Kenapa guru tersebut tidak disukai:
    Kenapa ingin menjadi seorang guru:
    Apakah peranan seorang guru:
    Diminta melukis sebatang pokok dan disertakan dengan tandatangan dan tarikh lahir.

Sunday, May 24, 2009

KONSEP KAJIAN TINDAKAN

Dalam buku ini penulis menerangkan bahawa beliau menggunakan pendekatan kolaboratif dalam melakukan sesebuah kajian tindakan yang mana kajian tersebut dilakukan untuk menyelidik dan menyiasat bagi memperlengkapkan manusia dengan mengambil tindakan secara sistematik untuk menyelesaikan masalah yang khusus.

Fokus buku ini adalah kepada cara dan teknik penyelidikan yang mengambil kira sejarah manusia, kebudayaan, amalan interaksi dan hidup dengan penuh perasaan.


REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN

Reka bentuk yang digunakan di dalam buku ini ialah dengan menggunakan model Interacting Spiral.

Pemerhatian: mengumpul maklumat yang berkaitan (mengumpul data) dengan membina gambaran situasi. Pengkaji mengumpul maklumat dengan menemu bual peserta kajian dan membuat laporan.

Berfikir: meneroka (menganalisis) apa yang berlaku

Bertindak: merancang, melaksana dan menilai

Secara praktisnya, kajian tindakan boleh menjadi suatu proses yang sangat kompleks. Reka bentuk yang dipersembahkan di dalam buku ini, boleh di gambarkan sebagai petunjuk kepada mereka yang mengikuti perjalanan yang singkat .


SAMPEL/PESERTA

Istilah participent (peserta) berasal daripada istilah subjek yang biasanya digunakan dalam eksperimen dan kaji selidik dan memberi kesan kepada perubahan dalam status dan peranan orang yang terlibat.

Participent dalam kajian tindakan terlibat secara serius atau aktif dalam memantau dan menggerakkan proses penyelidikan

Jenis dan bilangan orang yang terlibat dalam penyelidikan buku ini sepatutnya dikenali secara jelas supaya pembaca akan memahami secara jelas sumber-sumber maklumat. Penyelidik khususnya perlu untuk mengenalpasti ‚ stakeholders’

*pelajar dan ibu bapa dikenal pasti sebagai p. Stakeholders. ‘Stakeholders yang lain seperti pengetua sekolah, pegawai pendidikan daerah, guru dan penguasa daerah.


Setting Kajian Buku ini tidak menjelaskan setting kajian yang tepat yang digunakan dalam kajian tindakan tetapi hanya menyatakan untuk melakukan kajian tersebut perlulah di lihat kepada keadaan yang sesuai untuk melakukan kajian tindakan.

Prosedur kajian tindakan

Setiap kajian yang dilakukan mestilah ada prosedur-prosedur tertentu. Prosedur itu mengutamakan langkah-langkah yang sistematik agar penyelidikan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Antara prosedur-prosedurnya untuk melaksanakan kajian tindakan ialah:

1) Mengenalpasti isu dan fokus kepada isu
2) Mendefinisikan masalah
3) Kaedah yang digunakan ialah eksperimen dan kajian tinjauan
4) Membina gambaran tentang keadaan isu yang dikenalpasti
5) Mengumpul data
6) Menganalisis data


PENGUMPULAN DAN PENGANALISAAN DATA

Instrumen kajian

Pengkaji mengumpul maklumat melalui:
1) Temubual
2) Pemerhatian
3) Dokumen


Teknik Pengumpulan Data

1) Temubual
Dalam proses menemubual, pengkaji, harus melakukan seperti berikut:
· mengenalpasti diri responden, peranan dan tujuan kajian
· meminta izin menemubualorang ramai dan rekod maklumat
· memastikan masa yang sesuai untuk membuat perbincangan
· berunding tentang masa dan tempat yang sesuai untuk temubual jika perlu

2) Pemerhatian terhadap responden
Pengkaji merekod nota dan mengambil kira elemen-elemen seperti tempat, orang, benda, perlakuan, aktiviti, peristiwa, masa dan perasaan.

3) Dokumen
Dalam konteks penyelidikan, pengkaji boleh mendapatkan sesuatu informasi penting melalui dokumen yang releven yng mengandungi memo, minit mesyuarat, rekod, laporan rasmi, kenyataan dasar, kenyataan prosedur, rancangan, cetakan akaun, perhubungan awam, surat berita dan sebagainya.


4) Merekod maklumat
Maklumat direkod dengan melihat kepada catatan luar, audio dan rakaman video, fotograf, fotostat dan sebagainya.


ETIKA KAJIAN TINDAKAN

Pada masa lalu, pengkaji memperoleh maklumat


pada masa lalu, para pengkaji telah dipandang ringan sebelah kanan bagi memperoleh maklumat daripada orang ramai dan mengunakan ia untuk mereka mempunyai tujuan-tujuan. banyak kumpulan yang terdapat subjek-subjek penyelidikan kini enggan memperkenankan akses untuk para pengkaji luar.

Sebagai satu pendekatan penyertaan untuk siasatan, masyarakat penyelidikan tindakan berasas oleh itu menghadapi isu-isu beretika jarang sekali mengakui dalam jenis-jenis lain kajian.

seksyen laporan ini menggambarkan langkah-langkah diambil oleh fasilitator-fasilitator penyelidikan bagi mengekalkan hak-hak itu dan rahsia para peserta penyelidikan, termasuk prosedures pengawal itu pada tidak wajar instrution kepada mereka hidup, mengekalkan rahsia mereka dan mewujudkan menyesuaikan pemilikan dan menggunakan produk-produk bagi siasatan.


Bahagian laporan ini menghuraikan langkah-langkah yg diambil oleh pengkaji untuk mengekalkan hak-hak dan hal-hal yg bersifat peribadi bagi peserta-peserta penyelidikan, termasuk prosedur-prosedur yang menjaga terhadap arahan yg tidak terjamin ke dalam hidup, mengekalkan hal yg bersifat peribadi dan menubuhkan hak milik yg betul dan penggunaan-penggunaan hasil penyelidikan.

Wednesday, May 13, 2009

Apa itu kajian kepustakaan??

Kajian kepustakaan bermaksud segala usaha yang dilakukan oleh peneliti untuk menghimpun informasi yang relevan dengan topik atau masalah yang akan atau sedang diteliti. Informasi itu dapat diperoleh dari buku-buku ilmiah, laporan penelitian, karangan-karangan ilmiah, tesis dan disertasi, peraturan-peraturan, ketetapan-ketetapan, buku tahunan, ensiklopedia, dan sumber-sumber tertulis baik tercetak maupun elektronik lain.

Kajian kepustakaan merupakan suatu kegiatan yang tidak dapat dipisahkan dari suatu penelitian. Teori-teori yang mendasari masalah dan bidang yang akan diteliti dapat ditemukan dengan melakukan kajian kepustakaan. Selain itu seorang peneliti dapat memperoleh informasi tentang penelitian-penelitian sejenis atau yang ada kaitannya dengan penelitiannya. Dan penelitian-penelitian yang telah dilakukan sebelumnya. Dengan melakukan kajian kepustakaan, peneliti dapat memanfaatkan semua informasi dan pemikiran-pemikiran yang relevan dengan penelitiannya.

Untuk melakukan kajian kepustakaan, perpustakaan merupakan suatu tempat yang tepat dan berguna dalam memperoleh bahan-bahan dan informasi yang relevan untuk dikumpulkan, dibaca dan dikaji, dicatat dan dimanfaatkan (Roth 1986). Seorang peneliti hendaknya mengenal atau tidak merasa asing dilingkungan perpustakaan sebab dengan mengenal situasi perpustakaan, peneliti akan dengan mudah menemukan apa yang diperlukan. Untuk mendapatkan informasi yang diperlukan peneliti mengetahui sumber-sumber informasi tersebut, misalnya kartu katalog, referensi umum dan khusus, buku-buku pedoman, buku petunjuk, laporan-laporan penelitian, tesis, disertasi, jurnal, ensiklopedi, dan bahan-bahan khusus lain. Dengan demikian peneliti akan memperoleh informasi dan sumber yang tepat dalam waktu yang singkat.

Membanding dan membezakan

#Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa. kemahiran ini digunakan apabila:

1-Terdapat 2 atau lebih ciri atau kemungkinan2-Membuat pilihan atau keputusan

Langkah Penggunaan:

1-Perhatikan dan berikan tumpuan kepada 1 atau beberapa ciri kajian tindakan sampel,setting,prosedur,pengumpulan dan penganalisian data.

Menganalisis

#Mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.

#Kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubungkait antara bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat.

#Suatu kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.Menilai#Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah.

#Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan bagi:a) Memilih sesuatub) Menerima atau menolak sesuatu idea

Membuat Kesimpulan

#Membuat penyataan tentang hasil sesuatu kajia yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara.Mensintesis#Menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan, esei, lukisan dan artifak.


Sunday, May 10, 2009

AKTIVITI 1 (REFLEKSI SELEPAS BIG II)

Antara penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam diri saya selepas mengikuti program BIG II di Pangkor ialah dari segi:

-> sifat yang pendiam dan kurang  berkeyakinan

Apa  yang perlu dilakukan dalam diri saya ialah meningkatkan tahap keyakinan diri dengan menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi masyarakat, bersikap lebih terbuka, sentiasa berinteraksi dengan orang ramai dan sebagainya lagi.

Matlamat: menjadi seorang guru yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan bersemangat dalam mendidik anak bangsa.

Objektif: meningkatkan tahap keyakinan diri.

Pelan Tindakan:
1. Langkah-langkah yang perlu diambil adalah
- Mengenalpasti masalah.
- Merancang penambaikan yang perlu dilakukan.

2. Cara mengumpul data adalah dengan mereflek masalah dalam diri dengan menulis diari atau catatan diri.

3. Cara memantau apa yang dirancang dilaksanakan adalah dengan penilaian kendiri secara mendalam dan pematauan dari rakan sebaya seperti maklumbalas dari kawan-kawan terhadap diri dari masa ke semasa.

KULIAH MINGGU 3 TEORI PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN (Pensyarah: Dr. Mohd Izham bin Mohd Hamzah)

KONSEP PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN 

*Bidang Pendidikan telah, sedang & akan menjadi faktor paling utama untuk
  menyediakan manusia menghadapi cabaran masa depan
*Menurut Oliver (1996) dalam buku The Management of Educational Change: A
  Case Study Approach, perubahan didapati lebih menggambarkan ciri-ciri
  pendidikan berbanding dengan kestabilan.

*Perubahan yang berlaku kadang kala mewujudkan
  ketidakpastian
*Dalam pendidikan ketidakpastian mesti dielakkan
  kerana jika berlaku ia akan meruntuhkan masa depan
  generasi muda

JENIS PERUBAHAN 

*Mengikut Dessler (1995), terdapat 4 jenis perubahan:

1. PERUBAHAN KE ARAH PENINGKATAN

*Perubahan ini memberi kesan kepada komponen-komponen tertentu
  dalam organisasi seperti:
       - Berlakunya perubahan dalam struktur organisasi.
       - Memperkenalkan teknologi baru.
       - Mengadakan program pembangunan staf untuk tingkatkan
          komitmen & produktiviti staf.

2. PERUBAHAN STRATEGIK ORGANISASI

 * Melibatkan keseluruhan organisasi seperti:
      - Mendefinisikan semula peranan organisasi.
      - Perubahan nilai teras organisasi.
      - Pembentukan semula misi.
      - Perubahan struktur & strategi organisasi.
      - Mendefinisi semula staf dari segi tugas, peranan, tanggungjawab
         & sistem ganjaran.

3. PERUBAHAN REAKTIF

  * Perubahan ini berlaku akibat tindak balas langsung daripada pelanggan &
  pihak berkepentingan (stakeholders) .
      - Kepekaan pelanggan & stakeholders terhadap isu-isu persekitaran
         dan etika memerlukan organisasi melakukan perubahan.
      - Perubahan dari segi prosedur & cara layanan pelanggan hendaklah
         dilakukan.

4. PERUBAHAN AKIBAT DARIPADA JANGKAAN

 *Perubahan dilakukan bukan disebabkan oleh desakan pelanggan tetapi
  kerana terdapatnya kesedaran dalam kalangan pengurusan yang perlu
  diadakan perubahan bagi memastikan organisasi memperoleh kebaikan
  kompetitif. Antara sebab perubahan ini dilakukan adalah:
      - Persiapan menghadapi pesaing baru yang akan muncul.
      - Persiapan terhadap kemungkinan berlakunya perubahan ke atas
         kehendak pelanggan.
      - Penciptaan baru teknologi yang memerlukan organisasi berubah.
      - Persiapan bagi menghadapi perubahan polisi kerajaan.
      - Perubahan dalam trend tenaga kerja.

MODEL-MODEL PERUBAHAN 

1. MODEL PENGGABUNGAN ROGER

    * Menurut model Roger, proses inovasi bermula apabila masalah atau 
        keperluan telah dikenal pasti.

    *Masalah atau keperluan ini mungkin berdasarkan penyelidikan keadaan
       semasa, kerja makmal, atau jangkaan pembangunan akan datang.

    *Masalah atau keperluan ini mungkin berdasarkan penyelidikan keadaan
      semasa, kerja makmal, atau jangkaan pembangunan akan datang.

    *Rogers (1995) mengakui bahawa inovasi tidak semestinya terhasil dari
       penyelidikan. Inovasi mungkin terhasil daripada amalan praktikal di mana
       pengamal mencari jawapan kepada permasalahan yang timbul.  
 
    *Perkara ini dikatakan sebagai knowing-in-action iaitu inovasi yang
       dihasilkan melalui pengamalan menjadi penting di dalam perubahan pendidikan


2. MODEL KANTER

     * Kanter (1998) menegaskan bahawa struktur & inovasi boleh difahami
        dengan lebih baik jika proses inovasi dibahagikan kepada beberapa
        tugas utama. Ada 4 tugas inovasi :
          1. Penjanaan Idea
          2. Membina Idea
          3. Realisasi Idea
          4. Pemindahan Idea


3. MODEL RAND

*Model ini berasaskan kajian yang dijalankan oleh Rand Corporation pada
  tahun 1973 – 1978 dengan sokongan Pejabat Pendidikan Amerika Syarikat
  mengenai perubahan pendidikan (Berman & McLaughlin 1978)

*Menurut Berman & McLaughlin, proses perubahan di sekolah melibatkan
  3 langkah : 1. Daya usaha ( Initiation )
  2. Implementasi
  3. Penggabungan

4. MODEL ACOT

*Model ini mempunyai 5 langkah perubahan dalam proses pengajaran dan
  pembelajaran, iaitu:
     1. Kemasukan ( Entry )
     2. Memilih ( Adoption)
     3. Menyesuaikan ( Adaptation )
     4. Penggunaan ( Appropriation )
     5. Mereka cipta ( Invention )





Aktiviti 2 (Tugasan Kumpulan)

Tugasan Kumpulan

Nor Afsah binti Md. Noor (P48575)

Nurul Huda binti Mohd. Rejab (P48657)

Zaleha binti Mohd Jaafar (P48661)

Noor Iezura binti AB. Aziz (P48689)


Masalah dan penambahbaikan
- Sukar mempraktikan atau mengaplikasikan dalam kelas.
- Contoh: Bab bersuci dalam tajuk najis.

Matlamat

Memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara-cara bersuci

Objektif
Mengaplikasikan cara-cara menyucikan najis dengan betul.

Pelan Tindakan
1. Langkah-langkah
- Menjelaskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas.
- Guru menunjukan cara-cara menyucikan najis melalui praktikal yang sebenar.
- Pelajar menunjukan cara-cara menyucikan najis berdasarkan pengajaran yang ditunjukkan oleh guru .

2. Pengumpulan Data
- Melihat sejauh manakah tahap kefahaman dan pengetahuan pelajar tentang cara-cara menyucikan najis.

3. Pemantauan- Memberi soalan kepada pelajar sama ada melalui lisan atau bertulis.

4. Penilaian- Menilai setiap jawapan yang diberikan oleh pelajar sama ada benar ataupun tidak.

Aktiviti Kumpulan (Kuliah Minggu ke-3)

Ahli Kumpulan:


Nor Afsah binti Md. Noor (P48575)
Nurul Huda binti Mohd. Rejab (P48657)
Zaleha binti Mohd Jaafar (P48661)
Noor Iezura binti Ab. Aziz (P48689)

Nyatakan 8 sebab mengapa orang menentang perubahan dan bincangkan cara penyelesaiannya

Jawapan..


8 sebab mengapa orang menentang perubahan adalah seperti berikut:

1. Perubahan yang dilakukan tidak bersesuaian dengan tahap dan prestasi seseorang.
2. Perubahan yang dilakukan secara drastik.
3. Perubahan yang kerap.
4. Perubahan yang dilakukan berdasarkan kepentingan pihak tertentu.
5. Perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit tetapi mengambil masa yang panjang.
6. Perubahan yang dilakukan tanpa perancangan rapi.
7. Perubahan yang dilakukan tanpa pemantauan.
8. Tidak menepati kehendak individu dan organisasi.

Cara penyelesaian

1. Setiap perubahan yang dilakukan mestilah bersesuaian dengan tahap dan prestasi seseorang individu.
2. Melakukan perubahan secara berperingkat-peringkat atau beransur-ansur supaya setiap perubahan yang dilakukan tersebut dapat diterima dengan baik.
3. Perubahan dilaksanakan mestilah berdasarkan kepada pendapat bersama dan bermatlamat untuk kepentingan semua pihak.
4. Memantau perubahan yang dilakukan dari masa ke semasa.
5. Perubahan yang dihasilkan hendaklah memberi kesan yang berterusan dan proses perubahan yang berlaku mengambil masa yang pendek.

Saturday, May 2, 2009

Model Kajian Tindakan

Model kajian tindakan sebagaimana yang ditunjukkan di bawah adalah langkah pelaksanaan kajian tindakan yang biasa dilakukan. Perkara pertama yang peril dilakukan oleh guru adalah mengenalpasti dan memilih masalah yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran (p&p) seharian. Dalam p&p seharian dalam bilik darjah, pastinya ada sahaja masalah pembelajaran murid yang dihadapi oleh guru. Biasanya saya akan katakan bahawa sekiranya pelajar tidak memahami suatu konsep pembelajaran pada satu-satu masa pastinya ada sahaja yang menghalang pembelajaran tersebut. Begitu juga apabila, sekolah tidak dapat mencapai pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan, sudah tentunya ada masalah pembelajaran yang wujud. Kalaupun sekolah mendapat 100% lulus, masih ada ruang untuk peningkatan. Pada tahap ini, pengiraan sekolah haruslah tertumpu kepada berapa ramai yang mendapat A. Maka peranan guru di sini adalah untuk mengenalpasti dan memilih permasalahan tersebut. Dalam proses pemilihan ini, dapatkan masalah pembelajaran yang paling signifiken dan ketara. Jika tidak ada masalah, tidak perlu buat kajian. Elok kalau buat kerja lain saja, tetapi kalau pencapaian kurang cemerlang pastinya ada masalah pembelajaran. Kenalpastilah masalah tersebut. Antara teknik yang boleh digunakan untuk mengenalpasti masalah pembelajaran adalah dengan membuat temu bual ringkas, soal selidik, ujian dan sebagainya. Pilih satu masalah pada satu-satu masa. Kenalpasti masalah akar umbi. Contohnya, pelajar tidak memperolehi pencapaian yang baik dalam mata pelajaran Matematik sekolah rendah. Setelah dikenalpasti, pelajar lemah dalam kemahiran sifir. Maka pokok utama masalah ialah kemahiran sifir. Oleh itu, selesaikan masalah sifir dahulu.


Model di atas menunjukkan bahawa terdapat empat peringkat dalam pelaksanaan suatu kajian tindakan perancangan, pelaksanaan tindakan, pemerhatian dan refleksi. Peringkat pertama adalah peringkat perancangan. Peringkat perancangan merupakan satu peringkat yang sangat penting kerana pada peringkat inilah permasalahan utama pembelajaran dikenalpasti, Setelah masalah dikenalpasti, barulah program tindakan yang bersesuaian dirancang. Program yang juga merupakan rawatan kepada masalah pembelajaran ini boleh diambil daripada program orang lain atau ciptaan sendiri. Biasanya inovasi p&p akan lahir di sini sekiranya guru mencipta sendiri sesi rawtatan tersebut.


Peringkat kedua ialah pelaksanaan tindakan. Peringkat ini adalah peringkat pelaksanaan program tindakan atau rawatan. Sesi rawatan atau tindakan ini mungkin melibatkan beberapa masa p&p biasa. Dalam waktu pembelajaran atau di luar waktu pembelajaran. Oleh kerana masalah pelajar itu adalah masalah biasa dalam kelas maka sesi tindakan yang diintegrasikan dengan waktu p&p biasa juga baik. Mudah sahaja. Masalah itu akan tetap mengganggu kalau tidak diselesaikan.


Peringkat ketiga adalah pemerhatian. Pada peringkat ini, pemerhatian boleh dilakukan oleh guru sendiri yang juga sebagai penyelidik. Guru juga boleh meminta bantuan daripada guru lain untuk membuat pemerhatian semasa sesi pengajaran guru. Kalau mahu lebih terbuka, guru juga boleh meminta bantuan salah seorang murid untuk dalam kelas berkenaan untuk membuat pemerhatian. Semuanya mesti menggunakan borang senarai semak atau seumpamanya. Saya masih ingat sebuah sekolah di Amerika Syarikat. Dalam lawatan saya ke sekolah berkenaan, saya dapati bahawa panel penilai guru yang mahu memasuki sekolah tersebut bukan sahaja guru-guru tetapi juga melibatkan seorang pelajar. Kepercayaan ini yang perlu dipupuk. Penilaian dalam pelbagai teknik juga boleh dilakukan pada peringkat ini. Penilaian mesti dilakukan untuk menilai keberkesanan program. Gunakan borang walaupun temubual sahaja.


Peringkat keempat adalah refleksi. Pada peringkat ini, guru membuat renungan atau refleksi terhadap kajian yang telah dilakukan. Sama ada berjaya atau tidak. Laporan juga ditulis di peringkat ini. Ini penting untuk dokumentasi. Perihal dokumentasi ini, perlu ditekankan sikit. Sebenarnya ramai guru membuat kajian dalam bilik darjah. Malah hampir setiap hari. Bagaimanapun, yang kurengnya ialah dokumentasi. Jadi ilmu itu tidak disebarkan.


Sekiranya program tindakan tersebut berjaya, maka ia bolehlah disebarkan kepada guru-guru lain. Ini penting agar guru lain yang menghadapi masalah yang sama akan dapat menyelesaikan masalah pembelajaran tersebut dengan menggunakan kaedah yang sama. Jika tidak berjaya, ia perlu dirancang semula. Dalam hal ini, teknik tindakan yang berbeza boleh difikirkan. Penggunaan teknik yang berbeza bagi masalah yang sama ini akan membawa kepada konsep Gegelung Kedua dalam kajian tindakan.

Rekabentuk Kajian Tindakan


Kajian tindakan mempunyai konsep dan teknik pendekatan yang tersendiri. Objektif utama kajian tindakan adalah untuk memperbaiki amalan pengajaran guru dan pada masa yang sama menyelesaikan masalah seharian yang dihadapi oleh guru dalam bilik darjah. Kajian ini akan membolehkan guru membentuk teori-teori peribadi yang praktikal tentang suatu permasalahan pengajaran yang dihadapi.



Bagi format atau reka bentuk kajian tindakan pula tidak ada yang rigid tetapi boleh diubahsuai berdasarkan kepada situasi sebenar dalam persekitaran bilik darjah. Bagaimanapun, empat unsur utama kjaian tindakan mesti ada, iaitu perancangan, pelaksanaan, pemerhatian dan refleksi.


Responden atau subjek kajian tindakan bukan sahaja pelajar tetapi guru yang juga merupakan penyelidik. Melalui cara ini, semua maklumat diperolehi secara langsung daripada responden kajian. Penglibatan penyelidik, iaitu guru, dalam kajian tindakan amat penting kerana melalui cara ini penyelidik dapat mengubah amalan pengajarannya.


Reka bentuk kajian tindakan adalah mudah kerana kebanyakan daripada data yang digunakan adalah bersifat kualitatif. Oleh itu, analisis data yang digunakan lebih kepada teknik deskriptif naratif. Antara teknik analisis data yang digunakan adalah teknik trangulasi. Bagaimanapun dalam beberapa keadaan, data-data berbentuk kuantitatif ada juga digunakan terutama apabila melibatkan markah-markah pelajar. Dalam hal ini, analisis biasa yang akan digunakan adalah dalam bentuk peratus, kekerapan dan nilai mutlak sahaja. Perkara yang perlu dijelaskan di sini bahawa pelaporan hasil suatu kajian tindakan haruslah dilakukan dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami bukan sahaja oleh guru itu sendiri tetapi juga oleh guru-guru yang lain. Laporan yang tidak berbentuk teknikal ini penting untuk memudahkan penyebaran dan perkongsian idea dan maklumat di kalangan warga sekolah.

Friday, April 24, 2009

PANDUAN MELAKSANAKAN KAJIAN TINDAKAN

 LANGKAH I : MENGENALPASTI ISU /MASALAH/ SITUASI
1.1
Pusatkan perhatian terhadap isu utama yang berlaku
1.2
Mempercayai bahawa ia boleh diperbaiki
1.3
Libatkan persoalan yang boleh diperbaiki dan hadkan kepada persoalan yang kecil
1.4
Persoalan penting kepada anda (guru) dan pelajar
1.5
Sebaik-baiknya dilakukan secara kolaboraif
2
LANGKAH II : TINJAUAN ATAU MENGUTIP DATA
2.1
Data boleh dari dokumen seperti – hasil kerja murid, analisis peperiksaan, dokumen penyeliaan P&P, jadual kedatangan, kerja amali video , gambar, transkrip temubual, diari, kerja lapangan dan sebagainya
2.2
Kaedah mengutip data boleh dengan cara pemerhatian tingkahlaku, pemerhatian P&P, temubual, analisis dokumen (sukatan pelajaran, rancangan pelajaran, kertas peperiksaan, laporan kurikulum, minit mesyuarat, contoh kerja murid, bab dalam buku teks), bukti bergambar, rakaman pita video, catatan diari, soalselidik, ujian, penilaian kendiri (refleksi guru dll)
3
LANGKAH III: ANALISIS DATA
3.1
Analisis kandungan yang berkaitan isu
3.2
Mencari perkara yang tak diduga berkaitan isu
3.3
Melihat pola atau corak masalah tertentu
3.4
Boleh juga analisis dilema/isu
3.5
Analisis secara perbincangan
4
LANGKAH IV : MENENTUKAN FOKUS KAJIAN
4.1
Analisis data adalah untuk memberi gambaran situasi dan PERNYATAAN MASALAH sebenar
4.2
Fokus kajian - hanya kepada isu, mustahak kepada murid dan pengkaji/sekolah, tumpu kepada persoalan P&P, keberkesanan guru atau pembolehubah boleh kawal yang lain seperti kurang latihan, dan kurang kemahiran belajar
5
LANGKAH V: MERANCANG LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN
(PROJEK P&P TERANCANG)
5.1
Dua jenis perancangan iaitu (a) mengubahsuai cara yang sedia ada. (b) menggantikan cara yang asal dengan cara yang baru
5.2
Perancangan elibatkan:
5.2.1
Objektif /matlamat cadangan tindakan
5.2.2
Sebab sebab atau justifikasi tindakan itu perlu dibuat
5.2.3
Senarai cara baru, aktiviti baru yang dijalankan , bahan kurikulum yang digunakan, struktur organisasi, konsep atau falsafah jika ada
5.2.4
Cara-cara pengesanan/pemantauan dibuat terhadap perubahan
5.2.5
Menyatakan penilaian formatif atau sumatif
5.2.6
Pernyataan yang lain – sumber rujukan, kewangan, tenaga, kelengkapan, modul, bahan dan masa
5.2.7
Bersesuaian dengan teori praktik yang dibina dari amalan sebenar
6
LANGKAH VI : PELAKSANAAN LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN
6.1
Melaksanakan perubahan atau tindakan bererti ada risiko dan kita tidak boleh tunggu sehingga tiada risiko
6.2
Komitmen besar diperlukan dalam melaksanakan tindakan yang dirancangkan. Rekodkan semua aktiviti tindakan
6.3
Tindakan sepatutnya dilaksanakan secara individu dan secara kolaboratif
6.4
Fokus tindakan untuk mengatasi masalah sebenar
7
LANGKAH VII : PEMANTAUAN DAN PENGESANAN
7.1
Pemantauan boleh dijalankan oleh:
7.1.1
Pengkaji (pemantauan kendiri) – gunakan borang atau innstrumen tertentu
7.1.2
Rakan / Kumpulan sejawat – dalam hal ini panitia dan pentadbir boleh membantu
7.1.3
Murid – iaitu dengan mendapatkan maklumbalas murid dari segi perasaan dan pandangannya
7.1.4
Pemantauan bersama – melibatkan pentadbir/rakan sejawat/ murid dan diri pengkaji
7.2
Rekod pemantauan patut dikemukakan oleh pengkaji
8
LANGKAH VIII : PENILAIAN
8.1
Jenis penilaian (a) Fomatif – sepanjang proses kajian serta tindakan dijalankan (b) Sumatif – penilaian dijalankan pada setiap tahap tertentu kajian tindakan dijalankan
8.2
Yang melaksanakan penilaian ialah pengkaji/ rakan sejawat/ pentadbir/ murid / bersama
8.3
Insrumen penilaian:
8.3.1
Borang penilaian (yang disediakan lebih awal)
8.3.2
Ujian pengesanan / keputusan peperiksaan
8.3.3
Pemerhatian terhadap pencapaian perubahan
8.3.4
Temubual (Gunakan instrumen soalan dan jawapan temubual)
8.4
Tujuan penilaian:
8.4.1
Mengukur keberkesanan proses tindakan
8.4.2
Menunjukkan bahagian yg boleh diperbaiki
8.4.3
Menunjukkan kelemahan dalam arahan atau prosedur dan amalan
8.4.4
Mengukur pencapaian objektif kajian
8.4.5
Sebagai panduan pusingan kajian seterusnya
9
LANGKAH IX : TINDAKAN UNTUK GELUNGAN KEDUA/ SETERUSNYA
9.1
Hasil penilaian langkah tindakan gelungan pertama memberi jawapan kepada pengkaji sama ada tindakan berkesan atau tidak
9.2
Tindakan seterusnya dijalankan bagi mengatasi isu yang sama atau isu yang baru
10
LANGKAH X : PELAPORAN
10.1
Format pelaporan yang biasa digunakan seperti dalam lampiran 1
10.2
Walaubagaimanapun pengaji biasanya mempunyai cara tersendiri untuk mempersembahkan pelaporannya. Yang penting pelaporan itu difahami oleh orang yang menerima laporan


LAMPIRAN 1
FORMAT LAPORAN KAJIAN TINDAKAN 
1
Tajuk Kajian
2
Dikemukakan Oleh
3
Tujuan kajian
4
Objektif
5
Pernyataan Masalah
6
Soalan-soalan Kajian
7
Kesignifikan Kajian
8
Metodologi Kajian
8.1.
Sampel/Populasi
8.2.
Instrumen
8.3.
Prosedur
8.3.1.
Langkah I – Mengenalpasti Masalah
8.3.2
Langkah II – Membuat Tinjauan/ Mengutip Data

8.3.3
Langkah III – Analisi Data
8.3.4
Langkah IV – Fokus Kajian
8.3.5
Langkah V – Perangcangan Tindakan
8.3.6
Langkah VI - Pelaksanaan Tindakan
8.3.7
Langkah VII – Pengesanan Tindakan
8.3.8
Langkah VIII – Penilaian Keberkesanan Tindakan
8.3.9
Langkah IX - Tindakan Susulan
9
Keputusan / Dapatan Kajian
10
Perbincangan
10.1.
Perancangan Tindakan
10.2.
Pelaksanaan Perancangan Tindakan
10.3.
Penilaian/ Refleksi
10.4.
Cadangan-cadangan
11
Kesimpulan/Penutup
 
Unit Pengurusan Akademik
PPD Hilir Perak

Wednesday, April 22, 2009

KAJIAN TINDAKAN

DEFINISI


Kajian Tindakan adalah kajian berbentuk kualitatif. K-ajian kualitatif menggunakan data dalam bentuk fakta asal seperti dilihat, didengar atau dibaca. Data berbentuk statistik (nombor) juga digunakan tetapi tidak menjadi cacat sesuatu Kajian Tindakan yang tidak menggunakan data berbentuk itu.


Peraturan yang perlu dipatuhi apabila menjalankan Kajian Tindakan ialah keempat-empat langkah asas iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek yang dilakukan secara berurutan dalam bentuk gelungan. Berikut dihuraikan dengan lebih terperinci beberapa perkara asas tentang Kajian Tindakan. Masalah yang dialami oleh guru-guru yang menjalankan Kajian Tindakan di sekolah dijadikan asas dalam membuat huraian dan cadangan.



TUJUAN KAJIAN


Pelaksanaan Kajian Tindakan di bilik darjah bertujuan khusus untuk meningkatkan keberkesanan amalan mengajar guru dan meningkatkan pencapaian murid. Secara logik, seorang murid dianggap berjaya menguasai kemahiran-kemahiran pembelajaran yang terdapat dalam sukatan pelajaran apabila berjaya mendapat markah tinggi dalam sebarang penilaian bagi mata pelajaran tersebut. Dalam konteks pencapaian akademik, murid tersebut juga dianggap cemerlang dalam mata pelajaran itu.


Sesuatu Kajian Tindakan yang bertujuan untuk mengatasi pelbagai masalah pembelajaran atau membantu murid menguasai pelbagai kemahiran pembelajaran yang ditetapkan untuk satu-satu mata pelajaran adalah lebih menepati matlamat untuk membantu murid mencapai tahap cemerlang dalam satu-satu mata pelajaran. Perhatikan contoh berikut:


• Membantu murid belajar dengan berkesan melalui pengajaran yang berkesan.


• Membantu murid merancang cara belajar di bilik darjah dengan berkesan melalui bimbingan guru yang berkesan.


Contoh di atas boleh dijadikan tujuan kajian tindakan untuk dilaksanakan oleh seorang guru dalam satu kelas, atau untuk semua guru dalam satu sekolah bagi satu atau semua mata pelajaran atau pelbagai mata pelajaran. Kajian itu boleh dilaksanakan dalam tempoh setahun atau untuk beberapa tahun.


Pelaksanaan Kajian Tindakan untuk satu atau beberapa tahun sesi persekolahan pastilah mengandungi beberapa pusingan atau kitaran mengikut masalah-masalah yang hendak ditangani. Tiap-tiap kitaran kajian mengandungi tujuan khusus berkaitan dengan satu-satu masalah atau kemahiran yang cuba ditangani. Perhatikan contoh-contoh berikut:


• Meningkatkan penguasaan kemahiran mendarab sifir 2 hingga 4.


• Meningkatkan kefahaman murid tentang rumah sa, puluh dan ratus dalam kemahiran asas menambah.


Selain daripada bertujuan untuk menangani masalah pembelajaran khususnya yang berkaitan dengan pencapaian rendah di kalangan murid, Kajian Tindakan juga boleh dijadikan strategi untuk memperbaiki lagi pencapaian murid yang berada pada tahap baik ke tahap cemerlang.



LANGKAH-LANGKAH MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN


Dalam proses pembelajaran di bilik darjah, tiap-tiap kemahiran lazimnya dipelajari satu per satu. Proses yang sama berlaku dalam Kajian Tindakan. Tiap-tiap masalah pembelajaran di tangani satu per satu. Proses pelaksanaan Kajian Tindakan merangkumi empat langkah iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Langkah-langkah ini dilaksanakan secara berurutan dalam bentuk gelungan. Gelungan seperti ditunjukkan dalam rajah di bawah menggambarkan proses pelaksanaan tanpa penghujung.


Dalam satu gelungan atau kitaran kajian, pengkaji cuba menangani satu masalah tertentu seperti meningkatkan penguasaan sesuatu kemahiranan dalam sesuatu mata pelajaran. Pelbagai aktiviti P&P dicuba untuk menangani masalah itu. Setelah masalah dapat ditangani kitaran kajian seterusnya dimulakan dengan memberi tumpuan kepada masalah lain pula.


Setelah dibuat perancangan rapi untuk mengatasi sesuatu masalah, adalah dijangkakan bahawa sesuatu masalah itu seharusnya dapat diatasi. Mungkin berlaku keadaan di mana penyelidik mendapati tiada perubahan berlaku atau sedikit sahaja kejayaan dicapai setelah kajian dilaksanakan. Sekiranya pengkaji tidak melakukan pemerhatian yang teliti dan tidak membuat catatan semasa kajian berlangsung, sukar baginya untuk mengesan dengan tepat kelemahan aktiviti yang dilaksanakan. Oleh itu amalan mencatat atau merekod segala perkembangan yang berlaku semasa aktiviti dilaksanakan adalah satu peraturan yang perlu dipatuhi dalam Kajian Tindakan.


Seseorang guru yang mengamalkan kajian tindakan sentiasa mencari masalah pembelajaran yang dihadapi oleh muridnya. Setelah masalah dikenalpasti usaha dilakukan untuk menangani masalah itu melalui langkah-langkah merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Proses kajian untuk menangani masalah-masalah pembelajaran yang telah dikenalpasti berlaku berterusan sehingga semua masalah diatasi.



Kesimpulan


Kajian Tindakan adalah satu langkah berterusan oleh guru untuk menilai dan mengesan keberkesanan amalan sendiri. Melalui langkah-langkah mengesan dan menilai itu data dikumpul untuk dijadikan panduan mengubahsuai amalan lalu supaya keberkesanan amalan mengajar seterusnya dapat dipertingkatkan.


Kajian Tindakan menyarankan supaya guru mengubah amalan mengajar. Perubahan amalan yang disarankan bukanlah perubahan secara mendadak, serta drastik atau mengubah amalan kepada sesuatu keadaan yang asing. Perubahan yang disarankan ialah dari segi mengubahsuai amalan secara berperingkat berasaskan data yang telah dikutip.


Guru bukan sahaja memainkan peranan sebagai penyelidik tetapi beliau juga adalah pihak yang dikaji. Sebagai penyelidik guru mengumpul dan menganalisis data, mencadangkan aktiviti P&P serta melaksanakan sendiri aktiviti tersebut.


Di sekolah murid menghadapi pelbagi masalah pembelajaran. Berasaskan pertimbangan itu, Kajian Tindakan yang bertujuan untuk menangani pelbagi masalah P&P lebih menepati matlamat untuk membimbing murid mencapai tahap cemerlang dalam pendidikan. Berasaskan pertimbangan itu juga amalan menyelidik menggunakan pendekatan Kajian Tindakan wajar dilakukan berterusan supaya sebarang masalah pembelajaran yang timbul dapat ditangani serta dikesan seawal mungkin iaitu sebelum ia menjadi terlalu rumit untuk ditangani.


Dalam usaha untuk memahami proses P&P pula, langkah-langkah kajian ditumpukan untuk meningkatkan keberkesanan aktiviti P&P bukan untuk menentukan atau mengenalpasti sama ada sesuatu langkah lebih baik atau berkesan daripada yang lain. Pendekatan atau bahan P&P yang dianggap baik boleh digunakan untuk menangani sebarang masalah pembelajaran yang dikaji.